Sunday, August 1, 2010

Pokok Maman


Pucuk maman ni xtau apa khasiatnya... Tengoklah kat wikipedia... Saya makan jeruk maman dibuat ulam... Selalunya dia akan tumbuh subur ditempat rumput yng terbakar setelah hujan turun 4 5 hari...

Pokok Senduduk


Ambil beberapa helai daun senduduk muda, masak bersama ikan rebus halia atau asam... Tapi jangan makan daun, hirup kuah dengan makan isi ikan je... Bukan xmau bg makan, tapi daun senduduk berstruktur kasar... Mak saya cakap baik untuk orang perempuan yng ada masalah keputihan atau haid x teratur serta sesuai utk wanita lepas bersalin... Saya makan je... Sedap juga,pasal saya memang suka makan ikan rebus...hehehe
Sini ada beberapa fakta yang dipetik dari Wikipedia:
Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.
Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau

Paku Rawan / ling han



Sejenis pokok yang tumbuh liar di tepi sawah... Bunga dan daun muda boleh dibuat ulam atau masak asam pedas... selalunya orang rebus utk buat ulam... Kata orang tua2 xboleh makan banyak, sakit urat... saya ratah saja... sedap

Saturday, July 31, 2010

Kerabu Perut bersama Jantung Pisang










Bahan-bahan:

Perut Lembu - 1kg dibersihkan rebus selama 30 minit atau lembut
Jantung Pisang - 2biji buang kulit hingga nampak kulit putih, belah dua dan rembus hingga
empuk(jgn sampai lembik)
Bawang Besar - 1biji dimayang
Santan - pati santan 1cawan diperah dengan air suam 50 deg ( elak dr cepat basi)
Air asam jawa - 1/2 cawan pekat
Kerisik - 2 camca ( kalau ada minyak, buang minyak amik kerisik saja)
Garam - secukup rasa

Bahan Tumbuk:
Beras - 1camca digoreng tanpa minyak hingga warna keemasan dengan api yng perlahan
Lada Hitam - 1camca
Halia - 1 inci dipotong nipis
Lengkuas - 2 inci dipotong nipis
Serai - 2 batang dihiris nipis
Cili Api - 5 batang


Cara-cara:

Tumbuk beras hingga betul2 halus, yang lain tumbuk bagi pecah je. Tak perlu lumat sangat supaya apabila kita makan boleh pepak atau rasa yang mana halia, lada, lengkuas atau serai... lebih sedap... Masukkan semua bahan tumbuk kedalam mangkuk adun bersama santan, air asam, kerisik dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan potongan perut dan jantung pisang dalam 1inci lebar kedalam mangkuk adun bersama hirisan bawang besar... kacau hingga sebati... Sedia untuk dihidang..

Saiz Hidangan: 5 orang

Tuesday, July 27, 2010

Sup Ayam Kampung

Bahan-bahan :
Ayam Kampung - 1/2 ekor dipotong ikut saiz yang dikehendaki
Halia - 1 inci di hiris nipis atau diketuk
Bawang Putih - 3 ulas diketuk
Bunga lawang - 2 biji
Buah Pelaga - 3 biji
Bunga Cengkih - 5 butir
Kulit Kayu Manis - 1 btg kecil
Biji Ketumbar - 1 camca teh
Ubi Kentang - 3 biji dibelah 4( ikut suka)
Lobak Merah - 2 biji potong ( ikut suka)
Daun Sup - 1 pokok potong 3 bahagian
Daun Bawang - 1 pokok potong 3 bahagian
Garam - secubit rasa
Minyak Jagung - 1/2 cawan

Cara-caranya:

Perapkan ayam bersama garam, semua rempah. Panaskan minyak jagung, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukan ayam, kacau selama 2 minit supaya air dari isi ayam dikeluarkan. Masukkan air 1liter, reneh selama 15minit. Masukan kentang dan masak selama 10 minit. Masukan pula lobak merah dan daun sup serta daun bawang, masak sehingga lobak merah lembut... Siap

Resipi ini sesuai untuk anak-anak, untuk ibu dalam pantang dinasihatkan masukan halia lebih banyak. Tambahkan serbuk lada hitam, kentang dan carrot jgn dimasukan.

Lala/Gayam/Kepah Bercili

Bahan-bahan

Lala/Gayam/Kepah - 1 kilo
Cabai Kering - 10 biji
Bawang Putih - 4 ulas
Belacan Perlis - 1/2 inci
Bawang merah - 1 biji potong nipis ( utk menumis )
Serai - 1 batang dititik
Daun Sup - 3 batang dipotong 3 inci
Minyak Masak - 1/2 cawan
Garam - sedikit sahaja ( air gorengan lala/gayam/kepah berasa masin, maka berhati-hati
semasa kita masukan garam)
Gula - 1 camca
Air asam jawa - 1/2 cawan

Cara-caranya :

Kisar cabai kering, bawang putih, belacan dan garam. Panaskan minyak, tumis bawang merah bersama serai kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga hampir garing, masukan air asam jawa dan daun sup. Kacau selama 1 minit. Masukam gula dan lala. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu supaya pes cili masukan ke dalam isi lala. Apabila kulit lala sudah terbuka dan air gorengan hampir kering, maka siaplah lauk Lala Bercili... Selamat mencuba

Thursday, July 15, 2010

Buah Peria Goreng Udang ( Baik utk diabetes n Darah tinggi )


Bahan-bahan :

Buah Peria - 4 biji bersaiz sedang ( rasa > pahit dari jenis besar ) dibelah dua, buang biji dan
potong saiz 5cm
Udang kecil - 20 ekor dikupas dan basuh
Cili kering - 4 biji direndam
Bawang Merah - 2 biji
Bawang Putih - 3 ulas
Minyak Jagung - 1 sudu
Garam - secubit
Asam jawa - 1 inci dijadikan jus dgn 1/2 cawan air
Sos Tiram Maggie - 1 sudu kecil / atau ajinomoto ( sos tiram pun ade MSG hehehe... kalau dah
masakan kita cukup rasa jangan bubuh bahan ini)


Cara-caranya :


Cili kering, bawang merah dan putih serta garam dikisar... Kemudian tumis dengan minyak jagung hingga hampir garing, masukkan udang dan jus asam jawa serta serbuk perasa... Biarkan selama 3 minit kemudian masukkan buah peria, goreng hingga masak... Sudah siap.... Rasa masam, manis, pedas n pahit...