Saturday, July 31, 2010

Kerabu Perut bersama Jantung Pisang










Bahan-bahan:

Perut Lembu - 1kg dibersihkan rebus selama 30 minit atau lembut
Jantung Pisang - 2biji buang kulit hingga nampak kulit putih, belah dua dan rembus hingga
empuk(jgn sampai lembik)
Bawang Besar - 1biji dimayang
Santan - pati santan 1cawan diperah dengan air suam 50 deg ( elak dr cepat basi)
Air asam jawa - 1/2 cawan pekat
Kerisik - 2 camca ( kalau ada minyak, buang minyak amik kerisik saja)
Garam - secukup rasa

Bahan Tumbuk:
Beras - 1camca digoreng tanpa minyak hingga warna keemasan dengan api yng perlahan
Lada Hitam - 1camca
Halia - 1 inci dipotong nipis
Lengkuas - 2 inci dipotong nipis
Serai - 2 batang dihiris nipis
Cili Api - 5 batang


Cara-cara:

Tumbuk beras hingga betul2 halus, yang lain tumbuk bagi pecah je. Tak perlu lumat sangat supaya apabila kita makan boleh pepak atau rasa yang mana halia, lada, lengkuas atau serai... lebih sedap... Masukkan semua bahan tumbuk kedalam mangkuk adun bersama santan, air asam, kerisik dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan potongan perut dan jantung pisang dalam 1inci lebar kedalam mangkuk adun bersama hirisan bawang besar... kacau hingga sebati... Sedia untuk dihidang..

Saiz Hidangan: 5 orang

Tuesday, July 27, 2010

Sup Ayam Kampung

Bahan-bahan :
Ayam Kampung - 1/2 ekor dipotong ikut saiz yang dikehendaki
Halia - 1 inci di hiris nipis atau diketuk
Bawang Putih - 3 ulas diketuk
Bunga lawang - 2 biji
Buah Pelaga - 3 biji
Bunga Cengkih - 5 butir
Kulit Kayu Manis - 1 btg kecil
Biji Ketumbar - 1 camca teh
Ubi Kentang - 3 biji dibelah 4( ikut suka)
Lobak Merah - 2 biji potong ( ikut suka)
Daun Sup - 1 pokok potong 3 bahagian
Daun Bawang - 1 pokok potong 3 bahagian
Garam - secubit rasa
Minyak Jagung - 1/2 cawan

Cara-caranya:

Perapkan ayam bersama garam, semua rempah. Panaskan minyak jagung, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukan ayam, kacau selama 2 minit supaya air dari isi ayam dikeluarkan. Masukkan air 1liter, reneh selama 15minit. Masukan kentang dan masak selama 10 minit. Masukan pula lobak merah dan daun sup serta daun bawang, masak sehingga lobak merah lembut... Siap

Resipi ini sesuai untuk anak-anak, untuk ibu dalam pantang dinasihatkan masukan halia lebih banyak. Tambahkan serbuk lada hitam, kentang dan carrot jgn dimasukan.

Lala/Gayam/Kepah Bercili

Bahan-bahan

Lala/Gayam/Kepah - 1 kilo
Cabai Kering - 10 biji
Bawang Putih - 4 ulas
Belacan Perlis - 1/2 inci
Bawang merah - 1 biji potong nipis ( utk menumis )
Serai - 1 batang dititik
Daun Sup - 3 batang dipotong 3 inci
Minyak Masak - 1/2 cawan
Garam - sedikit sahaja ( air gorengan lala/gayam/kepah berasa masin, maka berhati-hati
semasa kita masukan garam)
Gula - 1 camca
Air asam jawa - 1/2 cawan

Cara-caranya :

Kisar cabai kering, bawang putih, belacan dan garam. Panaskan minyak, tumis bawang merah bersama serai kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga hampir garing, masukan air asam jawa dan daun sup. Kacau selama 1 minit. Masukam gula dan lala. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu supaya pes cili masukan ke dalam isi lala. Apabila kulit lala sudah terbuka dan air gorengan hampir kering, maka siaplah lauk Lala Bercili... Selamat mencuba

Thursday, July 15, 2010

Buah Peria Goreng Udang ( Baik utk diabetes n Darah tinggi )


Bahan-bahan :

Buah Peria - 4 biji bersaiz sedang ( rasa > pahit dari jenis besar ) dibelah dua, buang biji dan
potong saiz 5cm
Udang kecil - 20 ekor dikupas dan basuh
Cili kering - 4 biji direndam
Bawang Merah - 2 biji
Bawang Putih - 3 ulas
Minyak Jagung - 1 sudu
Garam - secubit
Asam jawa - 1 inci dijadikan jus dgn 1/2 cawan air
Sos Tiram Maggie - 1 sudu kecil / atau ajinomoto ( sos tiram pun ade MSG hehehe... kalau dah
masakan kita cukup rasa jangan bubuh bahan ini)


Cara-caranya :


Cili kering, bawang merah dan putih serta garam dikisar... Kemudian tumis dengan minyak jagung hingga hampir garing, masukkan udang dan jus asam jawa serta serbuk perasa... Biarkan selama 3 minit kemudian masukkan buah peria, goreng hingga masak... Sudah siap.... Rasa masam, manis, pedas n pahit...

Kerabu Mempelam Thai



Bahan-bahan :

Mempelam Sala - 1 biji dikupas kulit dan disagat
Udang Kering - 1 camca ditumbuk halus ( rendam dulu bg senang tumbuk )
Kacang Tanah - 2 camca digoreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk utk dijadikan serbuk
Bawang Putih - 3 ulas dicincang halus, panaskan minyak 1 camca goreng dgn api
yang perlahan sehingga bertukar warna kuning keemasan
Bawang Besar - 1 biji dihiris nipis-nipis
Cili Padi/cabai melaka - 5 biji ditumbuk
Sos Ikan ( nam pla ) - 1 camca
Ajinomoto - 1 sudu kecil


Cara-caranya :

Gaulkan Cili, udang kering,sos ikan, ajinomoto. masukkan bawang dan mempelam serta bawang putih , gaulkan hingga rata... akhir sekali taburkan serbuk kacang tanah... Dah siap, sedap dimakan bersama lauk ikan bakar ( termenung/kembong bakar tawar )...

Daging Panggang ( Potong Kolestrol )

Bahan -bahan :

Daging Lembu - 1 kg dipotong saiz tapak tangan
Halia - 3 inci
Bawang Putih - 10 ulas
Biji Ketumbar - 2 camca
Lada hitam - 1 camca
Jintan Putih - 1 sudu teh
Garam 1 camca

Cara-caranya:

Daging dicuci bersih dan toskan selama 15 minit. Biji ketumbar, lada hitam dan jintan putih digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga keluar aroma. Kemudian tumbuk dengan lesung hingga halus dan masukkan halia dan bawang putih, tumbuk hingga lumat semua bahan tersebut.
Gaulkan daging dengan garam dahulu, kemudian perap dengan semua bahan yang ditumbuk sekurang-kurangnya 15minit... Sekarang bolehla kita bakar menggunakan ketuhar atau dapur...
Daging perap tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk selama 1minggu ( jangan simpan di tempat beku )... Bila nak makan bolehlah kita keluarkan dan bakar...
Apabila dihidangkan potong daging tersebut dalam saiz yang diinginkan...Sungguh enak jika dicicah bersama air asam... cara buat air asam, nanti saya akan post lagi... Selamat mencuba

Monday, July 12, 2010

Ikan Gelama Masak Cabai

Bahan-bahan :

Ikan gelama - 4 ekor bersaiz sedang disiang dan cuci kemudian perap dengan air asam jawa selama kita sediakan bahan2 lain
(2cm asam jawa dicampur dengan 2gelas air = air asam jawa )

Bahan Untuk Kisar :
Cili Kering - 7 biji direndam bg lembut
Bawang putih - 4 ulas
Bawang Merah (kecil) - 3 biji
Serai - 1 batang dipotong nipis
Ibu Kunyit/ serbuk kunyit - 1inci / 2 sudu kecil
Belacan - 1 cm
Garam - 1 sudu kecil
(Bahan ini dikisar hingga hancur)

Minyak Masak - 1/2 cawan utk menumis
Serbuk perasa/ ajinomoto/ gula - sedikit jika perlu ( ikut selera masing2 )
Daun Ketumbar/ Daun Sup - 5 urat dipotong bersaiz 3"
Kacang Bendi - 5 biji ( jika suka )


Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar... Tumis hingga hampir garing,
masukkan ikan bersama air asam jawa tadi serta serbuk perasa... Masak selama 10 minit, masukkan daun ketumbar dan kacang bendi... Teruskan masak selama 5 minit... Siap...Mudahkan?

Thursday, July 8, 2010

Masak Lemak Udang Galah






Bahan-bahan:

Udang galah segar - 1/2 kilo dibuang janggut dan ekor, kulit jgn buang
Kelapa parut - 300 gram dijadikan santan 3 cawan ( perahan pertama 1cawan asingkan, kedua dgn ketiga disatukan)
Belimbing Buluh - 10 biji dibelah 2
Serbuk kunyit - 1 camca kecil
garam - secukup rasa
Cili hidup - 1 biji dibelah 2
Nota : santan diasingkan 2 bahagian utk mengelak kuah masakan 'pecah minyak'. Nampak x cantik dan kurang sedap.

Cara-caranya :

Masukkan udang galah, santan perahan ke-2 dan ke-3, serbuk kunyit dan garam serta buah belimbing... masak selama 5-6 minit atau sehingga mendidih...pastika kuah sentiasa dikacau untuk santan tidak pecah... masukkan potongan bawang, cili dan pati santan.... kacau sehingga mendidih... setelah tutup api biarkan periuk terbuka selama 5 minit, baru tutup periuk... petua orang tua-tua, ia mengelak gulai yang ada santan dari cepat basi...
Memang mudah dan cepat...

Kembang Bunga Bakawali

Video ini dirakam sekitar jam 10:00 mlm pada 8 Julai 2010... Kemuncak bunga Bakawali berkembang pada tepat jam 12:00 mlm waktu tempatan dimana bunga itu berada. Bau bunga bakawali sungguh harum sewaktu kembang... Selepas jam 12:00 mlm bunga akan mulai layu atau tutup kembali kelopak secara perlahan dan layu sepenuhnya dalam pukul 2:00 pagi... Saya akan upload lagi video ini sewaktu ia kembang pada tepat 12:00 mlm...

Mee Kerabu










































Bahan-bahan :



Mee kuning/ mee kering - siap celur utk 3orang makan
Udang kering - 100 gram
Kacang Dal - 50 gram
Limau nipis - 2 biji
Sos Ikan ( Nam Pla ) - 1 camca
Bawang putih - 3 ulas
Cili kering - 5 batang


Hiasan :
Telur rebus - 2 biji
Daun bawang - 1 batang





Cara-caranya :

Cili kering digoreng tanpa minyak hingga garing atau rapuh, kemudian kisar dengan menggunakan pengisar kering. Kacang dal pun goreng mcm cili kering juga dan kisar kering untuk dijadikan serbuk. Udang kering dibasuh dan ditumbuk hingga lumat. 3ulas bawang putih dicincang halus, panaskan 2 camca minyak dalam kuali dan msukkan bawang putih gorengan hingga garing... Awas! jaga api supaya bawang tidak hangit. nanti rasa pahit... seeloknya warna bawang bertukar dari putih ke warna kuning keemasan.

Kesemua 4 bahan di atas harus diasingkan, jangan campur lagi... Sekarang ambil satu mangkuk besar, masukkan serbuk cili, udang kering, sos ikan, jus limau nipis, lada sulah atau ajinomoto. Gaulkan hingga rata, masukkan pula mee yang telah dicelur bersama minyak bawang putih hin gga sebati. Taburkan pula serbuk kacang.



Hidangkan dalam pinggan kemudian tabur daun bawang dan telur rebus yng telah dipotong...